BACA dulu...

Monday, July 06, 2009 aramisz ``^_^ 1 Comments

Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja

Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok

Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan

Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?

Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!

Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?

Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!

aramisz said ^_^

yerp betul kite tak boleh menilai orang dari luaran sahaja....tengok orang solat 5 waktu dah di cop sebagai orang yang baik...tp cuba fikir....kalo orang yang cukup solat 5 waktu pon belum tentu di kategorikan sebagai orang yang baik...macam mana pula yang TAK CUKUP SOLAT atau yang TAK SOLAT LANGSUNG???
ANGKUH
nya orang-orang sebegini
orang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah bukan la orang yang baik...kire in other words....di mana pengakuan sebagai seorang ISLAM sekiranya segala suruhan ALLAh tidak di hiraukan??? sedangkan DIA yang menilai segala bentuk amalan..???



You Might Also Like

1 comments:

"orang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah bukanlah orang yang baik.."

hmm...btol tu.. jika kita datang kpd Allah dgn berjalan, tetapi Allah akan dtg kepada kita dgn berlari...
betapa tgginya darjat kita diangkat oleh tuhan bila kita memelihara hubungan dgn tuhan.

p/s : terima kasih utk pengisian yg ringkas, tetapi padat. may allah protect and bless u always^^