didik

Saturday, November 22, 2008 aramisz ``^_^ 0 Comments

Petikan dari : mykhilafah.com

Sejak rungutan pasangan suami isteri Micheal O'leary Abdullah dan Dr. Intan Sabrina Mohamad terhadap penayangan sajak kematian kepada para pelajar sekolah rendah, isu tersebut telah mengundang polemik pro dan kontra. Terdapat pasangan ibu bapa yang beranggapan bahawa video tersebut terlalu ekstrem dan boleh membawa kesan trauma kepada kanak-kanak.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata,"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," [Malaysiakini, 11 Nov 2008]

Sajak yang diselitkan pada sebuah sketsa mayat menghadapi seksaan kubur telah dijadikan bahan pengajaran oleh sesetengah pihak sekolah dengan tujuan untuk mendidik pelajar-pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan solat.

Amat pelik, akibat rasa tidak senang ibu bapa melihat perubahan kanak-kanak tahap 1 dan 2 setelah menonton video tersebut, Kementerian dengan sepantas kilat mengarahkan penayangan video tersebut dihentikan, Sebaliknya filem-filem seram yang sarat dengan khurafat yang tumbuh bagai cendawan yang ditayangkan di kaca televisyen tidak pula dianggap ekstrem serta meninggalkan kesan trauma.

Inisiatif guru-guru dalam kes ini amat mudah difahami. Generasi yang lahir dari acuan sistem pendidikan sekular semakin hari semakin jauh dari kehidupan Islam. Kes-kes jenayah dan salah laku yang melibatkan para pelajar semakin hari semakin meningkat akibat sistem yang hanya mementingkan pencapaian akademik dan meninggalkan aspek pembentukan syakhsiyah Islam.

Memupuk para pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan solat, menjadi anak yang patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT dilihat tidak sepenting mendapat 5A dalam UPSR. Ibu bapa akan berbangga apabila anak-anak mereka mendapat 5A walaupun anak-anak itu hakikatnya sering meninggalkan solat atau langsung tidak tahu cara untuk solat.

Walhal Allah SWT berfirman;"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." [TMQ At-Tahrim (66):6]

Hakikatnya, mendidik anak agar patuh kepada segala perintah dan larangan Allah SWT merupakan kewajipan sang ibu bapa dan jika dilalaikan akan mengakibatkan dosa besar terhadap ibu bapa dan akan di azab oleh Allah di akhirat nanti.

Pada peringkat awal umur, anak-anak telah didik agar mentaati Allah SWT. Sungguhpun perintah solat tidak diwajibkan sebelum umur baligh, Rasulullah SAW telah mewasiatkan;

"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat apabila berumur tujuh tahun, pukullah (jika tidak solat) apabila ia mencapai umur 10 tahun" [ Hadis Riwayat Muslim] Dalam hadis di atas telah digariskan tahapan umur mendidik anak-anak agar mendirikan solat. Pada tahap umur 7 tahun hingga 10 tahun, anak-anak dididik mendirikan solat tanpa pukulan sebaliknya cukup dengan cara memotivasikan dengan kenikmatan syurga dan dengan cara ancaman dengan seksaan neraka.

Jika ada pihak berpendapat bahawa video klip tersebut terlalu ekstrem untuk digambarkan kepada anak-anak di bawah umur, ini bermakna ia wajar ditayangkan kepada pihak yang sudah berumur. Sudah tentu sajak-sajak dan video klip yang menginsafkan seperti ini amat sesuai untuk Menteri Pelajaran, dan harus diperbanyakkan lagi untuk tayangan beliau agar beliau sedara bahawa kurikulum pendidikan sekular yang beliau terapkan hari ini akan melayakkan beliau untuk mendapat seksa dan azab Allah.

Insya Allah jika Menteri Pelajaran sudah insaf, maka kita akan dapat melihat perubahan sistem pendidikan kita kepada sistem pendidikan Islam yang akan melahirkan generasi yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunah sebagai panduan hidup, menggantikan falsafah dan dasar polisi pendidikan negara yang sekular yang ada sekarang.


*************************
aramis^_^z's says...
bile difikirkan artikel ni...mmg betul pon..macam mana kite nak wujud generasi islam kalo asas kite lemah...
solat kan asas utama...didik anak-anak seawal mungkin tentang kawajipan pada yang Esa...
aramis^_^z's mumbling..
teringat simpulan bahasa dedolu..lentur buluh bia dari rebung, kalo dah jadi buluh potong wat lemang je..bakar sampai rentung... ^_*
pehtu bising kenape remaja skang semakin liar..cehh time kecik dulu biar kan sangat...da dorang besar baru mau bising kaa..
heh cam cite anakku sazali lak...
''bapak yang memanjakan sazali..."
''bapak yang memberikan sazali segala nya..."
"dan sekarang baru bapak nak memukul sazali...."
"semua nya salah bapak...."
"salah bapak....."
hekk padan laa muke bile dah jadi anakku sazali....

You Might Also Like

0 comments: